Friday 23 September 2011

kitaro menempa nama

salam semua tengah-tengah malam ni baru ada idea nak update sikit blog ni.. sebelum anda semua teruskan apa kata korang layan dulu lagu ni..




macam biasa la lagu ni memang menaikkan semangat buat saya yang telah lama menjadi peminat mamat kitaro ni.. sebenarnya saya tak berapa familiar dengan mamat ni.. tapi semua lagu dia walaupun tanpa suara namun ia tetap menjadi pujaan hati ku.. hehe

namun topik sebenar kali ni adalah bakat. 
bakat yang terpendam mampu menjadikan kita insan yang lebih baik berbanding orang lain.. sedar tak sedar anda sendiri mempunyai bakat yang tersendiri.. semuanya bermula dengan minat kita terhadap sesuatu.. biasanya bakat yang ada itu lebih terjerumus dengan benda yang kita minat dan selalu lakukannya.. terpulang pada anda semua untuk menilai kembali bakat anda sendiri..

bagi saya sendiri terdapat beberapa cara yang korang semua boleh praktikkan dalam menilai bakat yang ada dan mungkin boleh mengeluarkannya semaksima yang mungkin..
antaranya ialah;

1.menilai diri sendiri

anda perlu menilai kembali kelemahan mahupun kelebihan yang ada pada diri anda.. kalau mengikut islam boleh diistilahkan sebagai muhasabah diri anda kembali.. kerana jika kita membuat sedemikian kita mampu menilai dan mengetahui diri kita dengan lebih rapat dan mencungkil bakat yang ada.

2.mengikis bakat melalui latihan
untuk menjayakan sesuatu kita kena la bermula dengan mengenal matlamat kita dan mendapatkan latihan yang secukupnya.. kebiasaannya bakat memerlukan hanya sedikit latihan untuk menjayakan apa jua yang dikehendakinya mengikut bakat yang ada. ibarat ianya sudah berada dalam darah daging mereka sejak dahulu lagi.. namun kita tidak boleh menyangkal bahawa latihan amat penting untuk berjaya kerana walaupun kita berbakat namun sekiranya tidak diasah ia pasti akan tumpul akhirnya..

ok guys macam biasa la komen jangan tak komen k..

1 comment:

  1. teringat zaman muda2 dulu.. hahah macam la tua sangat hehe.. kat skolah selalu dengar lagu ni

    ReplyDelete